Kriket di Sukan Asia Tenggara 2023

Kriket di Sukan Asia Tenggara 2023 diadakan di Oval Kriket AZ Group, Phnom Penh, dari 29 April hingga 16 Mei 2023. Meskipun kriket di Kemboja tidak dikenal luas, acara ini dimasukkan di dalam sukan selepas lobi dari Persatuan Kriket Kemboja dan Majlis Kriket Asia.[1]Empat format kriket yang berbeza dipertandingkan: 50 overs, 20 overs, 10 overs, dan six-a-side.[2] Pasukan kebangsaan diizinkan untuk bertanding setidaknya pada tiga fari empat formats (kecuali tuan rumah Kemboja yang terlibat di semua format).[3] Pertandingan yang dimainkan di kejohanan T20 akan dihitung sebagai pertandingan Twenty20 antarabangsa lelaki atau Twenty20 antarabangsa wanita.[4]Selama pertandingan, Persatuan Kriket Malaysia mengadu tentang penganjuran acara ini, khususnya ketiadaan semifinal, dan kelayakan 13 anggota skuad lelaki Kemboja.[5]